Oct 20, 2009

uMMu 'Atiyah


Ummu 'Atiyah Suhaimi
kembar kesayangan ku.
Insan istimewa yg Allah hadiahkan dalam keluarga ku.
Padanya ladang pahala.
banyak kesabaran yg disemai,maka banyak lah tuaian pahala.

Derita nya hanyaAllah yg tahu.
wajar ia dihadiahi syurga.
moga panjang usia nya.
Amin


Luqmay

Luqmanul hakim nama diberi.

waktu kecil nya penuh warna warni.
habis permainan diteroka.
banyak barang rosak ditangan nya.
mungkin itu lh ujikaji nya.

dewasa pula menjelma.
seorang yg berfikiran matang.
kini.banyak barang yang rosak akan pulih ditangan nya.

jauh membawa diri untuk menuntut ilmu.
yg banyak mengajar asam garam kehidupan.
yg akhir nya dapat membentuk jiwa yg kental.

moga dia dibawah lembayung Illahi.

Sep 8, 2009

Kembar Kesayangan Ku


My beloved twin

Ummu atiyah nama di beri

oleh ayah dan mak

Untuk anak tercinta

Aku pggil dia kakngah or atiyah

Sbb aku kaklong dia

Namun dia tidak seperti ku

Dia insan istimewa dari Allah buat ku dan keluarga ku

Krn dia trlalu istimewa di uji Allah kala usia dia 6 tahun

Tp kami tetap kanak2 riang

Yang sentiasa ceria meniti alam dewasa kami

Dikala usia dia genap 12 tahun

Dia diuji lg dgn brain tumor

Mnjadi mgsa pisau bedah di dewan bedah HUKM

Derita nya dia Allah sahaja yang tahu

Dia tertanya2 knpa dia yang mndapat penyakit ini?

Krn kakngah disayangi Allah

Hanya itu yg mampu mak jwb pada anak ksygn nya

Tapi Allah Maha Adil

Diberi kekuatan buat atiyah

Mengalahkan Kevlar yg sekuat stainless steel

Yang tahan dek peluru ujian

Itulah atiyah

Kembarku

Dikala usia dia mningkat dewasa spt ku

Banyak ujian diterima nya

Ramai insan2 xbertanggungjawab mengambil ksempatan

Atas kelemahan atiyah

Namun disaat itu aku slalu tiada disisi dia

Tak mmpu mlindungi atiyah olah tangan2 berdosa lain

Yang rakus

Aku yg jauh bjuang dlm pelajaran hanya mendengar dari mak

Jiwa nya kdg2 memberontak

Dalam dia berusaha mngenal dunia yg kejam

Payah memehami erti gurauan

Semua diambil serius

Aku lah yg mengajar erti gurauan

Bg atiyah

Aku kakak kesayangan

Semua ttg aku adalah terbaik bg dia

Bertuah nya aku

Lama kelamaan hidup nya lebih bererti

Kngan lampau cuba dlupakan

Sehingga sekarang

Setiap saat hidup nya

Adalah anugerah Allah

Keluarga lebih berhati2

Pada semua org luar

Agar tak mncederakan hati atiyah

Kerana dia Insan terpilih

Kerana dia Ummu Atiyah

Sep 5, 2009

haengbokeyeo..(smoga bahagia)


~Happy Ever After~



Semoga keluarga ku akan sentiasa bahagia.sampai selama-lamanya.
tak sabar nk balik kampung.rindu sangat kat semua.

InsyaAllah,17hb sept nanti aku akn pulang dengan selamat.
Amin..

Bye Chik-en

Aritu 30hb ogos chik dh blik ke korea smula..
sdeh nye,cian chik kne braye kat tempat orang.
ni dah kali kedua dia beraya kat ctu.
baru sebulan chik balik umah.
tapi mungkin tu pun dh memadai untuk ubati rindu bertahun lg kt tempat org.
pape pon moga chik tabah and kuat sekuat kaklong ni..hehe..
ni gambar time chik datang shah alam jumpe junior2 kat intec
bleh plak klng pon join skali..huhu

chik,kaklong,n joe

ni plk gambo kat klia.dengan eman skali.

ni kaklong,chik n eman

ble lg chik dpt blik cni..we all will miss u a lot..


Jul 8, 2009

rindu semua

Kenangan d'lata belatan

Emak dan ayah tercinta
miss u so much


adik2 kesayanganku



the beginning..

Minggu ni bermula lh semula era wajib kena belajar.
walaupun terpaksa dtg shah alam tapi takpe
tinggal 2 sem lagi.
pasni dah boleh duk umah lelame
suke nye..
tak sabar nk tunggu saat tu..

banyak pengajaran yang dpt aku kutip sepanjang cuti 2 bulan
2 bulan ni ibarat honeymoon
buat ape saje tanpa pikirkn pasal buku.
heh..

pape pon,lets begin the fight..
jihad untuk menuntut ilmu..

May 1, 2009

"Big Dream"


Dalam hidupku ada sebuah cita2 yang sangat besar diikuti cita2 lain.

tapi bagi ku cita2 ni adalah yang paling bermakna.

Cita2 ku yg paling besar adalah 'mati syahid'.

Cita2 ni timbul apabila slalu trbaca ayat2 nasihat yang trtampal di dinding rumah ku sejak waktu kecil ku.

Mungkin ibuku yang manggantungkan nya.

Tertulis pada ayat2 itu adalah kelebihan orang yang mati syahid.

Dan kelebihan utama yang membuat kan diriku tertarik adalah dapat mengajak bersama2 70 org ahli keluarga utk masuk syurga.

Ia trsemat di minda ku sewaktu aku selalu bermain2 di ruang tamu di mana trgantung nya ayat2 ini di dinding.

Jika suatu hari nanti aku mati syahid,akan ku jemput semua ahli keluarga ku terutama nya ibu,ayah dan adik2 tercinta untuk bersamaku menghuni syurga firdausi.

Dan berbahagia lah kami di sana tanpa perlu memikirkan org sekeliling yg banyak menggangu ketenteraman kami di dunia ini.

Yang tak habis2 menguji kesabaran kami,yang tak jemu2 membuatkan ibuku menderita.

Moga impian suci ku ini akan termakbul.

Tidak kulupakn buat bakal suami ku di dunia ni yang entah siapalah org nya,akan turut kuberi hadiah ini bersama2 mu.

Dan dengan iringan beserta harapan agar cita2 ini tercapai.

Amiin

Apr 14, 2009

exam.dah.dekat

hmm..
exam dah hampir
tapi tak tau ape yang dah study
sungguh kelam kabut

21 apr 09 paper electronic

22 apr 09 paper fizik

23 apr 09 paper composite

26 apr 09 paper strength of material

nak mula dr mane ni???
assignment tak abis2 lagi

seb baik dah charge bateri
bartahan kah bateri ni nk tgu abis exam ni..
nmpak gaya nye buat2 tahan lme lah..

paper last

6 mei 09 nondestructive testing

then..

merdeka!!

tak sabar ase nye

nk balik kg

kg ku nan indah permai..he

Apr 3, 2009

TOT

Esok bersamaan 4 april hingga 5 april umu akan menterlibat kan diri dalam aktiviti TOT (Training of Trainers) yang dianjurkan oleh kos MATECH.nak tak nak terpaksa pegi jugak.lagipun ia diwajibkan untuk sume student dalam kos ni.

TOT ni boleh dikategorikan sebagai camping jugak, diadakan dekat hulu langat. Kami sume akan tidur kat dalam khemah.walaupun pada asal nya dijanjikan untuk tidur di dalam challet.takpe lah,mencabar sikit tidur kat khemah.

Dah lama tak bercamping.rindu plak zaman2 dulu,pergi bercamping.paling syok pergi dengan famili.Dulu2 masa waktu2 kritikal tahun 1998,famili umu especially ayah lah selalu ajak kitorang anak beranak bercamping kat hulu tasik kenyir.

Setelah melalui hari2 yang rumit, kitorang akan menghabiskan hujung minggu berada di hulu sungai dekat tasik kenyir berkhemah.sangat menenangkan.

Kadang2 pergi challet KOLA kat tasik kenyir.saat2 tu takkan dapat umu lupakan.kerana ia terselit kenangan2 indah bersama.banyak susah senang dilalui bersama.takkan dapat di ganti dengan wang ringgit.

Entah bila lagi peluang untuk bercamping bersama keluarga.

Happy Belated Birthday

[30 MARCH]

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 20 buat adindaku yang jauh dimata tapi sentiasa dihati.

Adik ku yang sorang ni sudah besar rupanya.

Masih kaklong ingat kenangan2 di kala kita masih kecil. yang tidak mengenal erti hidup. bermain tanpa gundah. sentiasa diiringi gelak ketawa. itulah dunia kita yang sentiasa ceria.

Dewasa ini, bebanan tanggungjawab yang kita bawa mematangkan kita. Apalagi dirimu adalah seorang ketua keluarga.

Insan yang dipertanggungjawabkan menjaga keluarga ini suatu hari nanti.

Kerana tanggungjawab inilah telah mambawa dirimu merantau jauh di tampat orang.

Tentu terasa penat menahan rindu, rindukan ibu yang jauh dimata, rindukan keluarga disini.

Bersabarlah. kerana dirimu amat berharga.

Jadilah insan yang mampu membuatkan ibumu tersenyum puas. setelah sekian lama tenaga nya dikerah. hanya menunggu hasil tuaian.

Dari insan bergelar anak.

Mar 21, 2009

pemaaf

Sifat pemaaf merupakan sebahagian dari akhlak yang luhur,perlu ada pada seseorang Muslim yang bertaqwa.ia juga merupakan sifat utama orang muhsin yanh dekat dengan cinta dan keredhaan Allah SWT.mereka orang2 yang muhsin,sentiasa menahan amarahnya dan tidak dendam.bahkan hatinya telah bebas dari perasaan dendam,digantikannya dengan pemaaf,suka mengampuni,bersahabat dan penuh toleransi.

mereka memperolehi kebahagiaan dengan kebersihan jiwa berikut kesucian dan keharuman nya.lebih dari itu mereka menikmati kemenangan besar berupa cinta dan redha Allah.

Puji-pujian


Ramai orang suka kan pujian. tetapi pujian masti lah kena pada caranya.seperti pujian seorang ibu kepada anak nya supaya anak nya lebih berusaha di masa akan datang.

Islam amat mencela seseorang yang mengeluarkan kata2 indah untuk mendapat pujian orang dan orang yang suka membuat kata-kata dan dusta.

Rasulullah sendiri sangat melarang seorang memuji-muji orang lain secara berlebihan sampai mengagungkannya.Baginda tahu jika kata2 sanjungan itu sampai kepada yang dipuji nya,maka terbukalah peluang timbulnya penyakit nifak,kekotoran hati dan terancam nya kesucian roh Islam pada dirinya.

Abu Bakar RA menceritakan:

"seseorang telah memuji orang lain di sisi Rasulullah SAW, maka baginda berkata: "celaka kamu! Kamu telah memotong leher temanmu: diulangnya perkataan itu sebanyak tiga kali. kemudian baginda bersabda : "Siapa saja di antara kamu yang suka menyanjung-nyanjung saudaranya, maka jangan ragu katakanlah kepadanya: "Apakah kamu tahu keadaan si pulan sebenarnya? Allah lah yang mencukupi hal ehwalnya,dan tidak ada sorang pun yang lebih suci daripada Allah.mengapa kamu tidak mangira begini dan begitu,padahal kamu mengetahui bahawa semua itu dari Allah."
HR Asy Shaikhan dan Abu Daud.

Jadi seharus nya pujian pujian itu hanyalah milik Allah.banyakkan memuji-Nya dan mengingatinya.kerana dengan mengingatinya hati bertambah tenang.

Feb 27, 2009

Life Story

Cerita ini saya mulakan dgn bismillah..semoga ia menjadi iktibar dan menambah pengetahuan kita semua. cerita ini saya tujukan buat seorang teman. beserta nasihat yg tak dapat saya ungkapkan secara zahiriah. semoga Allah s.w.t mendengar doa saya dan menggerakkan hati sahabat saya untuk membaca artikel ini dan hati nya akan memahami niat ikhlas saya.Amiin.saya akan jadikan kisah ni dalam beberapa slot.

Slot 1 :: intro

Cerita ini berkisar mengenai seorang rakan saya.saya tak berniat untuk memalukan dia atau menghebahkan kisah dia. Cuma saya tidak tahu cara untuk menasihati nya secara depan2. saya bahasakan dia sebagai H. H adalah salah seorang rakan perempuan saya. Kisah hidup nya agak sedih juga bagi saya. tapi bagi orang lain saya tak tahu lah. Dia tidak mendapat kasih seorang ibu sejak dia kecil.tapi saya lupa usia dia ketika itu. difahamkan ibunya lumpuh.jadi kasihnya banyak diperolehi melalui ayah nya dan adik beradik nya yang lain.bagi saya, ayah nya ini merupakan seorang ayah yang sangat penyabar,penyayang,dan sentiasa cuba untuk memberi yang terbaik buat keluarga nya.dia lah yang menjaga anak2 hasil perkongsian hidup dengan isteri nya sebelum isterinya ditimpa sakit yang entah bila penghujung nya. Bagi H ayah lah ayah dan ayh lah ibu buat nya.Disebabkan sakit lumpuh itu,ibunya menjadi seorang yang agak sensitif.dia sentiasa merasakan orang di sekeliling nya tidak menyayangi nya.ada sahaja yang tak kena pada pandangan nya.namun si ayah tetap bersabar dengan kerenah si ibu.tetapi lama kelamaan ayah nya terpaksa mengambil langkah menceraikan ibu nya.namun saya tidak lah pasti kenapa penceraian itu berlaku. setelah berpisah, ayah nya tidak pula mencari pengganti.sehinggalah ayah nya di pulang ke rahmatullah. Difahamkan H tetap tinggal bersama ibunya walaupun ayah nya sudah bercerai dengan ibunya. mungkin rasa tanggujawab sebagai anak untuk menjaga kebajikan ibunya yang melahirkan nya.walaupun kasih ibu nya dirasai cuma seketika. atas dasar tanggungjawab inilah dia terus menjaga ibunya bersama beberapa orang kakak nya.separuh dari kakak dan abang nya suda berkeluarga. dan terpaksa meninggalkan mereka untuk tinggal bersama ahli keluarga masing2.tinggallah dia dan kakak nya yang mengambil alih menjaga ibu nya sehingga sekarang.

Slot 2 :: Sambung belajar

Setelah separuh usia remaja nya banyak dihabiskan menjaga ibunya, kini dia melangkau alam dewasa. walaupun banyak kepayahan dan keperitan, anak ini tetap berusaha memajukan dirinya demi menggapai cita2. Dia berjaya malanjutkan pelajaran ke alam universiti sehinggalah sekarang. Masih berjuang manghabiskan saki baki pengajian demi memegang segulung ijazah. Namun mungkin dia tetap mengalami konflik dalam diri yang saya sendiri susah untuk selami. entah di mana jalan nya buat H untuk hidup tenang. tetapi bagi saya, dia sebenar nya mengalami masalah untuk menangani perasaan dalam atas sebab di usia remajanya,dia tidak mendapat bimbingan dan kasih sayang seorang ibu.ini mungkin faktor yang manyebabkan dia merasa seolah2 orang di sekeliling nya melihat nya dan mempersendakan nya. namun hakikat nya tiada bukti yang manunjukkan dia adalah bahan ejekan.hanya perasaan nya yang membuat kan dia merasakan orang di sekeliling nya memandang serong pada nya.ini yang membuatkan dia menjadi seorang yang sering berprasangka terhadap orang2 disekeliling nya.inilah yang kadang2 membelenggu kahidupan kampus nya.

Slot 3 :: I Think..

Sebelum tu, kepada H, umu nak minta maaf banyak2 andai nasihat umu ni buat H terasa.sesungguhnya umu langsung tak terniat nak melukakan atau memalukan H.Ini je cara yang dapat umu luahkan pendapat umu tentang H.Harap satu hari nanti Hakan baca cerita ni.Dan mengerti maksud umu meluahkan nya di sini. Umu tahu H tak dapat kasih sayang yang sempurna dari seorang insan bernama ibu.terasa umu sungguh bertuah mendapat ibu yang sangat menyayangi dan sentiasa menasihati diri ini walau apa pun yang umu lakukan.dia sentiasa perbetulkan kekhilafan2 yang sering umu lakukan dalam umu mencari identiti umu. mungkin ini kekurangan yang H tidak perolehi berbanding umu. H, umu anggap H seolah-olah adik berdik umu bila kita memulakan perkenalan kita sebagai rakan.di sebabkan itu umu harap H sentiasa cuba untuk menjadi seorang yang matang dalam tindakan jua pemikiran. pedulikan apa kata orang.yang penting kita tahu arah tujuan kita. jadikan ia sebagai titik tolak permulaan bagi kejayaan H.semoga H akan dipertemukan dengan seseorang yang beriman dan bertanggungjawab menjaga H dengan hati yang terbuka. Amiin..

p/s: Ukhwah fillah..

Feb 26, 2009

kehidupan..

Kehidupan..

kenapa ia dinamakan kehidupan..
ia bermula disaat kita bersedia untuk berjuang di dalam nya..

berjuang dalam banyak aspek.
bejuang untuk mencuba something yg baru,
berjuang untuk memulakan sesuatu perkara..

dan timbul lh keadaan dimana kita akan berusaha,
kita akan mencuba,mencari jalan,menyelesaikan.
ini akan memberi kita perasaan penat,gembira,duka,luka..

dari sini kta akan mencorak langkah demi langkah..'walaupun kadang2 kita akan kepenatan..
kita terduduk,dan bagun lg untuk meneruskan perjalanan yang entah berapa jauh lagi..
ia disertai sabar,tawakkal,tenang,berdoa..

inilah kehidupan..
kekadang kejam kepada kita..
kekadang membuat kita tersenyum..
inilah lumrah alam..

its LIFE..

Feb 10, 2009

A New Blogger..me








Ahlan..

i'm a new blogger..

hope u all enjoy my blog.

nice to join u all in blogging..he