Apr 3, 2009

Happy Belated Birthday

[30 MARCH]

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 20 buat adindaku yang jauh dimata tapi sentiasa dihati.

Adik ku yang sorang ni sudah besar rupanya.

Masih kaklong ingat kenangan2 di kala kita masih kecil. yang tidak mengenal erti hidup. bermain tanpa gundah. sentiasa diiringi gelak ketawa. itulah dunia kita yang sentiasa ceria.

Dewasa ini, bebanan tanggungjawab yang kita bawa mematangkan kita. Apalagi dirimu adalah seorang ketua keluarga.

Insan yang dipertanggungjawabkan menjaga keluarga ini suatu hari nanti.

Kerana tanggungjawab inilah telah mambawa dirimu merantau jauh di tampat orang.

Tentu terasa penat menahan rindu, rindukan ibu yang jauh dimata, rindukan keluarga disini.

Bersabarlah. kerana dirimu amat berharga.

Jadilah insan yang mampu membuatkan ibumu tersenyum puas. setelah sekian lama tenaga nya dikerah. hanya menunggu hasil tuaian.

Dari insan bergelar anak.

No comments:

Post a Comment