Mar 10, 2011

Ukhuwah yang benar

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.

Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.

Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.

Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.

Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.

Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.

Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Mar 8, 2011

Saat Lafaz Sakinah

lirik lagu ni membuatkan diri kerdil ini mampu mengalirkan air mata.

betapa seorang ayah sangat menyayangi anak perempuan nya.


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

first post in 2011

ni post pertama tuk tahun 2011.banyak yg nak di coret.sekadar ini yg terluah.

2011 memberi peluang buat diri ini menjadi seorang ustazah.
guru kafa di sekolah kebangsaan pusat kuala ibai.
bulan mac menandakan sudah 3 bulan diri ini mengajar di sana.
banyak pengalaman indah,pelik,marah,geram,sedih yang terhasil.
namun semua tu akhirnya menjadi pengalaman baru yang seronok tuk diterokai.

tahun 2 fatonah merupakan kelas pertama ku.
murid2 seramai 27 org dan yg hadir tak sampai 20 org.

boys : hilmi,razin,zul,mustakim,adam,hafifi,akil,syazwan,aiman,thariq,muammar,danial,imran,aziz,wazif,,ibrohim.

girls :
annur,ummi aina,izzah,nani,khairunnisa,wani,dhiya,athirah,rindiani.

mereka semua ibarat bahan2 eksperimen ku.
ade yg okey dan ade yang kurang okey.

doaku agar mereka semua akan jadi insan yg kamil,dan berjaya bila dewasa nanti.
Amin.

Feb 7, 2010


Pergi tak kembali..

hakikat yg ku harus trima bahawa ibu telah pergi.
pemergian nya adalah suatu yg tak terjangka.
dia pergi dan takkan kembali..
pergi nya ibu membawa semua memori2 ku bersama nya.

masih tak dapat ku terima hakikat ini..
3 disember tahun lalu sewaktu praktikal,
ibu ada menghantar mesej kepadaku..
dia brtanya kn keadaan ku,sihat ke diriku,banjir ke kmpung ku..
sangkaan ku mgkin dia smakin sihat..
syukur nya diriku saat itu
peluang untuk dia meneruskan hidup seperti insan normal lain makin cerah
brtambah kuat jangkaan ku bila ibu memberitahu dia akan menjalani transplant darah..
bermakna dia telah melepasi semua perigkat rawatan kemo..
niatku untuk pergi mlawat ibu selepas proses itu..




tapi berita pemergian nya yg ku dengar.


sedih nya hanya Allah yang tahu.
jiwaku kecewa
tak dapat bertemu nya kali terakhir..
tak sempat memohon maaf
tak sempat mencium tangan nya
tak sempat melafazkan ucapan terima kasih kepada nya
atas segala budi nya dan kasih syg nya
semua itu sudah tak bermakna lg..

mana mungkin dapat ku cari ganti sahabat seperti nya
kasih syg nya padaku ibarat seorang ibu kepada anaknya
tapi mungkin Tuhan lebih menyayangi nya
mungkin ini yang terbaik buat nya
tak sanggup ku mlihat lagi derita nya dia ketika menerima rawatan kemoterapi
kesakitan nya membuatkan ku menangis didalam hati

namun,aku terpaksa pasrah
ibu telah pergi
mana mungkin ibu akan kembali
aku pasrah dgn pemergiannya
moga roh nya dicucuri rahmat
dan ditempatkan bersama orang2 beriman
Amiin..

Oct 20, 2009

uMMu 'Atiyah


Ummu 'Atiyah Suhaimi
kembar kesayangan ku.
Insan istimewa yg Allah hadiahkan dalam keluarga ku.
Padanya ladang pahala.
banyak kesabaran yg disemai,maka banyak lah tuaian pahala.

Derita nya hanyaAllah yg tahu.
wajar ia dihadiahi syurga.
moga panjang usia nya.
Amin


Luqmay

Luqmanul hakim nama diberi.

waktu kecil nya penuh warna warni.
habis permainan diteroka.
banyak barang rosak ditangan nya.
mungkin itu lh ujikaji nya.

dewasa pula menjelma.
seorang yg berfikiran matang.
kini.banyak barang yang rosak akan pulih ditangan nya.

jauh membawa diri untuk menuntut ilmu.
yg banyak mengajar asam garam kehidupan.
yg akhir nya dapat membentuk jiwa yg kental.

moga dia dibawah lembayung Illahi.