Feb 27, 2009

Life Story

Cerita ini saya mulakan dgn bismillah..semoga ia menjadi iktibar dan menambah pengetahuan kita semua. cerita ini saya tujukan buat seorang teman. beserta nasihat yg tak dapat saya ungkapkan secara zahiriah. semoga Allah s.w.t mendengar doa saya dan menggerakkan hati sahabat saya untuk membaca artikel ini dan hati nya akan memahami niat ikhlas saya.Amiin.saya akan jadikan kisah ni dalam beberapa slot.

Slot 1 :: intro

Cerita ini berkisar mengenai seorang rakan saya.saya tak berniat untuk memalukan dia atau menghebahkan kisah dia. Cuma saya tidak tahu cara untuk menasihati nya secara depan2. saya bahasakan dia sebagai H. H adalah salah seorang rakan perempuan saya. Kisah hidup nya agak sedih juga bagi saya. tapi bagi orang lain saya tak tahu lah. Dia tidak mendapat kasih seorang ibu sejak dia kecil.tapi saya lupa usia dia ketika itu. difahamkan ibunya lumpuh.jadi kasihnya banyak diperolehi melalui ayah nya dan adik beradik nya yang lain.bagi saya, ayah nya ini merupakan seorang ayah yang sangat penyabar,penyayang,dan sentiasa cuba untuk memberi yang terbaik buat keluarga nya.dia lah yang menjaga anak2 hasil perkongsian hidup dengan isteri nya sebelum isterinya ditimpa sakit yang entah bila penghujung nya. Bagi H ayah lah ayah dan ayh lah ibu buat nya.Disebabkan sakit lumpuh itu,ibunya menjadi seorang yang agak sensitif.dia sentiasa merasakan orang di sekeliling nya tidak menyayangi nya.ada sahaja yang tak kena pada pandangan nya.namun si ayah tetap bersabar dengan kerenah si ibu.tetapi lama kelamaan ayah nya terpaksa mengambil langkah menceraikan ibu nya.namun saya tidak lah pasti kenapa penceraian itu berlaku. setelah berpisah, ayah nya tidak pula mencari pengganti.sehinggalah ayah nya di pulang ke rahmatullah. Difahamkan H tetap tinggal bersama ibunya walaupun ayah nya sudah bercerai dengan ibunya. mungkin rasa tanggujawab sebagai anak untuk menjaga kebajikan ibunya yang melahirkan nya.walaupun kasih ibu nya dirasai cuma seketika. atas dasar tanggungjawab inilah dia terus menjaga ibunya bersama beberapa orang kakak nya.separuh dari kakak dan abang nya suda berkeluarga. dan terpaksa meninggalkan mereka untuk tinggal bersama ahli keluarga masing2.tinggallah dia dan kakak nya yang mengambil alih menjaga ibu nya sehingga sekarang.

Slot 2 :: Sambung belajar

Setelah separuh usia remaja nya banyak dihabiskan menjaga ibunya, kini dia melangkau alam dewasa. walaupun banyak kepayahan dan keperitan, anak ini tetap berusaha memajukan dirinya demi menggapai cita2. Dia berjaya malanjutkan pelajaran ke alam universiti sehinggalah sekarang. Masih berjuang manghabiskan saki baki pengajian demi memegang segulung ijazah. Namun mungkin dia tetap mengalami konflik dalam diri yang saya sendiri susah untuk selami. entah di mana jalan nya buat H untuk hidup tenang. tetapi bagi saya, dia sebenar nya mengalami masalah untuk menangani perasaan dalam atas sebab di usia remajanya,dia tidak mendapat bimbingan dan kasih sayang seorang ibu.ini mungkin faktor yang manyebabkan dia merasa seolah2 orang di sekeliling nya melihat nya dan mempersendakan nya. namun hakikat nya tiada bukti yang manunjukkan dia adalah bahan ejekan.hanya perasaan nya yang membuat kan dia merasakan orang di sekeliling nya memandang serong pada nya.ini yang membuatkan dia menjadi seorang yang sering berprasangka terhadap orang2 disekeliling nya.inilah yang kadang2 membelenggu kahidupan kampus nya.

Slot 3 :: I Think..

Sebelum tu, kepada H, umu nak minta maaf banyak2 andai nasihat umu ni buat H terasa.sesungguhnya umu langsung tak terniat nak melukakan atau memalukan H.Ini je cara yang dapat umu luahkan pendapat umu tentang H.Harap satu hari nanti Hakan baca cerita ni.Dan mengerti maksud umu meluahkan nya di sini. Umu tahu H tak dapat kasih sayang yang sempurna dari seorang insan bernama ibu.terasa umu sungguh bertuah mendapat ibu yang sangat menyayangi dan sentiasa menasihati diri ini walau apa pun yang umu lakukan.dia sentiasa perbetulkan kekhilafan2 yang sering umu lakukan dalam umu mencari identiti umu. mungkin ini kekurangan yang H tidak perolehi berbanding umu. H, umu anggap H seolah-olah adik berdik umu bila kita memulakan perkenalan kita sebagai rakan.di sebabkan itu umu harap H sentiasa cuba untuk menjadi seorang yang matang dalam tindakan jua pemikiran. pedulikan apa kata orang.yang penting kita tahu arah tujuan kita. jadikan ia sebagai titik tolak permulaan bagi kejayaan H.semoga H akan dipertemukan dengan seseorang yang beriman dan bertanggungjawab menjaga H dengan hati yang terbuka. Amiin..

p/s: Ukhwah fillah..

No comments:

Post a Comment