Feb 7, 2010


Pergi tak kembali..

hakikat yg ku harus trima bahawa ibu telah pergi.
pemergian nya adalah suatu yg tak terjangka.
dia pergi dan takkan kembali..
pergi nya ibu membawa semua memori2 ku bersama nya.

masih tak dapat ku terima hakikat ini..
3 disember tahun lalu sewaktu praktikal,
ibu ada menghantar mesej kepadaku..
dia brtanya kn keadaan ku,sihat ke diriku,banjir ke kmpung ku..
sangkaan ku mgkin dia smakin sihat..
syukur nya diriku saat itu
peluang untuk dia meneruskan hidup seperti insan normal lain makin cerah
brtambah kuat jangkaan ku bila ibu memberitahu dia akan menjalani transplant darah..
bermakna dia telah melepasi semua perigkat rawatan kemo..
niatku untuk pergi mlawat ibu selepas proses itu..




tapi berita pemergian nya yg ku dengar.


sedih nya hanya Allah yang tahu.
jiwaku kecewa
tak dapat bertemu nya kali terakhir..
tak sempat memohon maaf
tak sempat mencium tangan nya
tak sempat melafazkan ucapan terima kasih kepada nya
atas segala budi nya dan kasih syg nya
semua itu sudah tak bermakna lg..

mana mungkin dapat ku cari ganti sahabat seperti nya
kasih syg nya padaku ibarat seorang ibu kepada anaknya
tapi mungkin Tuhan lebih menyayangi nya
mungkin ini yang terbaik buat nya
tak sanggup ku mlihat lagi derita nya dia ketika menerima rawatan kemoterapi
kesakitan nya membuatkan ku menangis didalam hati

namun,aku terpaksa pasrah
ibu telah pergi
mana mungkin ibu akan kembali
aku pasrah dgn pemergiannya
moga roh nya dicucuri rahmat
dan ditempatkan bersama orang2 beriman
Amiin..