Jul 8, 2009

rindu semua

Kenangan d'lata belatan

Emak dan ayah tercinta
miss u so much


adik2 kesayanganku



the beginning..

Minggu ni bermula lh semula era wajib kena belajar.
walaupun terpaksa dtg shah alam tapi takpe
tinggal 2 sem lagi.
pasni dah boleh duk umah lelame
suke nye..
tak sabar nk tunggu saat tu..

banyak pengajaran yang dpt aku kutip sepanjang cuti 2 bulan
2 bulan ni ibarat honeymoon
buat ape saje tanpa pikirkn pasal buku.
heh..

pape pon,lets begin the fight..
jihad untuk menuntut ilmu..

May 1, 2009

"Big Dream"


Dalam hidupku ada sebuah cita2 yang sangat besar diikuti cita2 lain.

tapi bagi ku cita2 ni adalah yang paling bermakna.

Cita2 ku yg paling besar adalah 'mati syahid'.

Cita2 ni timbul apabila slalu trbaca ayat2 nasihat yang trtampal di dinding rumah ku sejak waktu kecil ku.

Mungkin ibuku yang manggantungkan nya.

Tertulis pada ayat2 itu adalah kelebihan orang yang mati syahid.

Dan kelebihan utama yang membuat kan diriku tertarik adalah dapat mengajak bersama2 70 org ahli keluarga utk masuk syurga.

Ia trsemat di minda ku sewaktu aku selalu bermain2 di ruang tamu di mana trgantung nya ayat2 ini di dinding.

Jika suatu hari nanti aku mati syahid,akan ku jemput semua ahli keluarga ku terutama nya ibu,ayah dan adik2 tercinta untuk bersamaku menghuni syurga firdausi.

Dan berbahagia lah kami di sana tanpa perlu memikirkan org sekeliling yg banyak menggangu ketenteraman kami di dunia ini.

Yang tak habis2 menguji kesabaran kami,yang tak jemu2 membuatkan ibuku menderita.

Moga impian suci ku ini akan termakbul.

Tidak kulupakn buat bakal suami ku di dunia ni yang entah siapalah org nya,akan turut kuberi hadiah ini bersama2 mu.

Dan dengan iringan beserta harapan agar cita2 ini tercapai.

Amiin

Apr 14, 2009

exam.dah.dekat

hmm..
exam dah hampir
tapi tak tau ape yang dah study
sungguh kelam kabut

21 apr 09 paper electronic

22 apr 09 paper fizik

23 apr 09 paper composite

26 apr 09 paper strength of material

nak mula dr mane ni???
assignment tak abis2 lagi

seb baik dah charge bateri
bartahan kah bateri ni nk tgu abis exam ni..
nmpak gaya nye buat2 tahan lme lah..

paper last

6 mei 09 nondestructive testing

then..

merdeka!!

tak sabar ase nye

nk balik kg

kg ku nan indah permai..he

Apr 3, 2009

TOT

Esok bersamaan 4 april hingga 5 april umu akan menterlibat kan diri dalam aktiviti TOT (Training of Trainers) yang dianjurkan oleh kos MATECH.nak tak nak terpaksa pegi jugak.lagipun ia diwajibkan untuk sume student dalam kos ni.

TOT ni boleh dikategorikan sebagai camping jugak, diadakan dekat hulu langat. Kami sume akan tidur kat dalam khemah.walaupun pada asal nya dijanjikan untuk tidur di dalam challet.takpe lah,mencabar sikit tidur kat khemah.

Dah lama tak bercamping.rindu plak zaman2 dulu,pergi bercamping.paling syok pergi dengan famili.Dulu2 masa waktu2 kritikal tahun 1998,famili umu especially ayah lah selalu ajak kitorang anak beranak bercamping kat hulu tasik kenyir.

Setelah melalui hari2 yang rumit, kitorang akan menghabiskan hujung minggu berada di hulu sungai dekat tasik kenyir berkhemah.sangat menenangkan.

Kadang2 pergi challet KOLA kat tasik kenyir.saat2 tu takkan dapat umu lupakan.kerana ia terselit kenangan2 indah bersama.banyak susah senang dilalui bersama.takkan dapat di ganti dengan wang ringgit.

Entah bila lagi peluang untuk bercamping bersama keluarga.

Happy Belated Birthday

[30 MARCH]

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 20 buat adindaku yang jauh dimata tapi sentiasa dihati.

Adik ku yang sorang ni sudah besar rupanya.

Masih kaklong ingat kenangan2 di kala kita masih kecil. yang tidak mengenal erti hidup. bermain tanpa gundah. sentiasa diiringi gelak ketawa. itulah dunia kita yang sentiasa ceria.

Dewasa ini, bebanan tanggungjawab yang kita bawa mematangkan kita. Apalagi dirimu adalah seorang ketua keluarga.

Insan yang dipertanggungjawabkan menjaga keluarga ini suatu hari nanti.

Kerana tanggungjawab inilah telah mambawa dirimu merantau jauh di tampat orang.

Tentu terasa penat menahan rindu, rindukan ibu yang jauh dimata, rindukan keluarga disini.

Bersabarlah. kerana dirimu amat berharga.

Jadilah insan yang mampu membuatkan ibumu tersenyum puas. setelah sekian lama tenaga nya dikerah. hanya menunggu hasil tuaian.

Dari insan bergelar anak.

Mar 21, 2009

pemaaf

Sifat pemaaf merupakan sebahagian dari akhlak yang luhur,perlu ada pada seseorang Muslim yang bertaqwa.ia juga merupakan sifat utama orang muhsin yanh dekat dengan cinta dan keredhaan Allah SWT.mereka orang2 yang muhsin,sentiasa menahan amarahnya dan tidak dendam.bahkan hatinya telah bebas dari perasaan dendam,digantikannya dengan pemaaf,suka mengampuni,bersahabat dan penuh toleransi.

mereka memperolehi kebahagiaan dengan kebersihan jiwa berikut kesucian dan keharuman nya.lebih dari itu mereka menikmati kemenangan besar berupa cinta dan redha Allah.